Tuesday, June 21, 2011

RENDANG TELUR REBUS DAN TAUHU GORENG


Bahan-Bahan:
1 paket rempah rendang
3 biji telur rebus
3 keping tauhu goreng dibelah 4
1 batang serai diketuk
1 batang kulit kayu manis, 3 bunga lawang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
  1. Tumiskan rempah rendang bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Masukkan sedikit garam
  3. Apabila kuah telah terbit minyak, bolehlah masukkan telur rebus dan tauhu goreng.
  4. Biar seketika di atas api. Selepas 5 minit siap untuk dihidang.

Wednesday, June 15, 2011

Al-Fatihah: Penawar Yang Terbaik Kepada Semua...

AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalam
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir Baca Ya Badiyah -1x Ya Nur - 1x Ya Hadi - 1x Ya Allah – 3 kali? baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

MISTERI SURAH AL-FATIHAH: by Masitah Ishak on Friday, October 15, 2010 at 11:53am

Tuesday, June 14, 2011

Puasa Ganti: Day 1

Puasa ganti......huhuhu kalau tak buat sekarang bila lagi agaknya. Hari ini bermulalah untuk membayar semula puasa ganti bagi Ramadhan tahun lepas sebanyak 10 hari. Banyakkkkkkk tu sebab gara-gara aku kena keuzuran di awal dan hujung Ramadhan.

Day 1 je iman aku sudah di duga. Dugaannya adalah kena berbekam orang pada sebelah pagi sehinggalah tengahari. Nak buat macam mana sudah memang perkejaan aku. Tetapi Alhamdulillah aku masih dapat bertahan dan tidak sedikit pun kepenatan bekerja membuat aku terasa lapar dan dahaga. Mungkin ini adalah kelebihan bagi orang yang berpuasa.

Berbuka nak masak ape ye nanti....So aku tengok dlm fridge ada ayam beku. Aku keluarkan dan rendam sebentar. Mmmmmmm petang nie cadangnya nak buat Ayam Masak Kicap BBQ...untuk berbuka dengan nasi. Air pulak cadang nak buat Horlicks ais je.....simply delicious!

Monday, June 13, 2011

Life is not a race, it is a journey. A journey of a thousand miles must begin with a single step...