Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Dah 3 hari sejak tengahari Jumaat yang lepas hinggalah hari ini, di saat ini dan pada ketika ini......aku tak masak. Ini gara-gara ada paip besar kat mana ntah yang pecah dan membabitkan paip saliran di rumah apartment aku. So, terpaksalah berangkut air dari bawah ke tingkat 9. Nasib baik lif kat umah ni ok dan tak rosak. Petang-petang nie sambil tengok NCIS why not aku updatekan resepi yang pernah aku cuba buat suatu ketika dulu kan......boleh release tension juga!
Resepi nie memang favourite aku Asam Pedas Ikan dengan Bendi......lagi banyak bendi lagi best! sebab orang kat umah nie semua suka makan bendi. Teringat arwah tok yang memang pandai masak asam pedas ikan. Memang puas kalau makan yang dibuat oleh arwah dulu. Mmmmmmmm tunggu ape lagi, jom intai bahan-bahannya.
Bahan-bahannya:
3 ekor ikan kembong - dipotong 2
10 batang bendi
1 tangkai daun kari
1 inci halia *
1 inci belacan *
2 inci kunyit hidup *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 sudu besar cili pes *
1 sudu kecil rempah kari daging ADABI *
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI *
1 cawan air atau lebih
Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Blenderkan semua bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan yang telah diblender tadi. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ikan. Biar seketika.
- Masukkan bendi.
- Masukkan air. Kepekatan kuah bergantung kepada sikit atau banyaknya air yang dimasukkan.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- SIAP........
No comments:
Post a Comment