Hari ini teringin nak makan laksa. Kalau nak beli nanti makan tak puas. So, pagi tadi pergilah ke kedai. Yang ada ikan parang je. Yang lain ada ikan merah, ikan kerisi, ikan tenggiri dan ikan bawal. Maaaaaanalah sesuaikannnnn.....So, Nott pun belilah ikan parang 2 ekor. Seumur hidup tak pernah pun nak buat laksa guna ikan nie. Inilah first time nak cuba. Hopefully jadilah...
Balik je ke rumah terus sms kat Kak Ita. "Kalau nak makan laksa mai ler umah tengahari nie". Tup...tup...Kak Ita balas jadi nak datang siap bawa geng-geng opisssssssss lagi.
Nak tau resepi laksa kuah ikan parang, cuba intai-intai kat bawah nie:-

Bahan A:
2 ekor ikan parang - direbus seketika dengan 4 keping asam keping.
lender semua isi-isi ikan dengan air rebusan ikan dan asam keping tadi.
Bahan B:
1 1/2 bungkus laksa - direbus sehingga lembut. Toskan
Bahan C:
Bahan untuk diblender:
3 sudu besar cili pes
10 biji cili padi burung
2 inci belacan dibakar
1 ketul lengkuas dihiris halus
3 labu bawang besar
Segenggam daun kesum - dihiris
Bahan D:
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan dibelah 2 @ 4
8-10 asam keping
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan - dihiris halus:-
Timun
Bawang besar
Cili padi
Cili merah
Daun salad
Limau nipis
Telur rebus
Cara Memasak:
- Masukkan semua bahan-bahan A dan B yang telah diblender ke dalam periuk.
- Masukkan semua bahan-bahan C.
- Tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai anda.
- Biarkan mendidih sehingga masak.
- Perasakan dengan garam.
- Letakkan sedikit laksa di dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan hiasa yang telah dihiris halus.
* Di dalam kuah boleh juga ditambah dengan 2 batang serai yang diblender bersama-sama dengan bahan-bahan B untuk lebih sedap.
Selamat mencuba!!!
Setakat nie...dah 2 round Nott ulang makan laksa nie. Tadi sempat lagi tengok FB, ipar ada bagi tau yang abah Nott pun buat laksa jugak kat kampung. Macam ade chemistry jew hahahaha......Gambar yang kat atas nie diambil semasa round ke 2 so tak berapa menariklah....Nanti kalau Nott ade ulang sekali lagi untuk makan, Nott cuba ambil gambar yang lagi cantik ye.....
No comments:
Post a Comment