Monday, October 3, 2011

ASAM PEDAS IKAN DENGAN BENDI

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!  Dah 3 hari sejak tengahari Jumaat yang lepas hinggalah hari ini, di saat ini dan pada ketika ini......aku tak masak. Ini gara-gara ada paip besar kat mana ntah yang pecah dan membabitkan paip saliran di rumah apartment aku. So, terpaksalah berangkut air dari bawah ke tingkat 9. Nasib baik lif kat umah ni ok dan tak rosak. Petang-petang nie sambil tengok NCIS why not aku updatekan resepi yang pernah aku cuba buat suatu ketika dulu kan......boleh release tension juga!

Resepi nie memang favourite aku Asam Pedas Ikan dengan Bendi......lagi banyak bendi lagi best! sebab orang kat umah nie semua suka makan bendi. Teringat arwah tok yang memang pandai masak asam pedas ikan. Memang puas kalau makan yang dibuat oleh arwah dulu. Mmmmmmmm tunggu ape lagi, jom intai bahan-bahannya.



Bahan-bahannya:
3 ekor ikan kembong - dipotong 2
10 batang bendi
1 tangkai daun kari
1 inci halia *
1 inci belacan * 
2 inci kunyit hidup *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 sudu besar cili pes *
1 sudu kecil rempah kari daging ADABI *
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI *
1 cawan air atau lebih
Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Blenderkan semua bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Tumis hingga wangi. 
  3. Masukkan bahan yang telah diblender tadi. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ikan. Biar seketika.
  5. Masukkan bendi.
  6. Masukkan air. Kepekatan kuah bergantung kepada sikit atau banyaknya air yang dimasukkan.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. SIAP........

Tuesday, September 27, 2011

LAKSA - KUAH IKAN PARANG

Hari ini teringin nak makan laksa.  Kalau nak beli  nanti makan tak puas. So, pagi tadi pergilah ke kedai. Yang ada ikan parang je. Yang lain ada ikan merah, ikan kerisi, ikan tenggiri dan ikan bawal. Maaaaaanalah sesuaikannnnn.....So, Nott pun belilah ikan parang 2 ekor. Seumur hidup tak pernah pun nak buat laksa guna ikan nie. Inilah first time nak cuba. Hopefully jadilah...

Balik je ke rumah terus sms kat Kak Ita. "Kalau nak makan laksa mai ler umah tengahari nie".  Tup...tup...Kak Ita balas jadi nak datang siap bawa geng-geng opisssssssss lagi.

Nak tau resepi laksa kuah ikan parang, cuba intai-intai kat bawah nie:-


Bahan A:
2 ekor ikan parang - direbus seketika dengan 4 keping asam keping. 
lender semua isi-isi ikan dengan air rebusan ikan dan asam keping tadi.

Bahan B:
1 1/2 bungkus laksa - direbus sehingga lembut. Toskan

Bahan C:
Bahan untuk diblender:
3 sudu besar cili pes
10 biji cili padi burung
2 inci belacan dibakar
1 ketul lengkuas dihiris halus
3 labu bawang besar
Segenggam daun kesum - dihiris


Bahan D:
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan dibelah 2 @ 4
8-10 asam keping
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan - dihiris halus:-
Timun
Bawang besar
Cili padi
Cili merah
Daun salad
Limau nipis
Telur rebus

Cara Memasak:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A dan B yang telah diblender ke dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan-bahan C.
  3. Tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai anda.
  4. Biarkan mendidih sehingga masak.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Letakkan sedikit laksa di dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan hiasa yang telah dihiris halus.
* Di dalam kuah boleh juga ditambah dengan 2 batang serai yang diblender bersama-sama dengan bahan-bahan B untuk lebih sedap.

Selamat mencuba!!!

Setakat nie...dah 2 round Nott ulang makan laksa nie.  Tadi sempat lagi tengok FB, ipar ada bagi tau yang abah Nott pun buat laksa jugak kat kampung.  Macam ade chemistry jew hahahaha......Gambar yang kat atas nie diambil semasa round ke 2 so tak berapa menariklah....Nanti kalau Nott ade ulang sekali lagi untuk makan, Nott cuba ambil gambar yang lagi cantik ye.....




Monday, September 26, 2011

NASI GORENG DAGING BEREMPAH MINANG

Semalam di dapur ada lebihan nasi putih dan daging berempah masak minang yang dibeli di kedai.  Untuk mengelakkan pembaziran so pagi nie buatlah nasi goreng...


Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan nasi putih - lebihan malam tadi.
1 ketul daging berempah minang -diracik-racik, kuahnya jika masih elok jangan dibuang.
Sedikit bawang goreng, daun sup dan cili merah yang dihiris sebagai hiasan
Garam secukup rasa.

Cara Memasak:
  1. Gorengkan daging yang telah diracik bersama lebihan kuahnya hingga kering sedikit dan minyak pun mula terbit.  (Nott tidak guna minyak tambahan sebab dalam kuah ini pun sudah berminyak)
  2. Masukkan nasi dan goreng sehingga garing.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Siap dihidang dan jangan lupa taburkan daun sup, cili merah dan bawang goreng sebagai hiasan.

Sunday, September 25, 2011

TELUR SAMBAL NOtt...

Bahan-bahannya:
3 biji telur
2 sudu besar minyak
7 sudu besar sos cilu
3 sudu besar kicap manis
Sedikit garam dan gula sebagai perasa

Cara Memasak:
  1. Senang je mula-mula goreng telur mata kerbau.
  2. Untuk sosnya panaskan minyak.
  3. Masukkan sos cili, kicap manis, sedikit garam dan gula didihkan seketika......SIAP 
 Note: Senangkan SOS Dan KICAP tu ikut suka selalu masak main tuang jewwwww

Saturday, September 24, 2011

DAGING GORENG KICAP PEDAS-PEDAS MANIS

 
Bahan-bahan:
300gm daging - dihiris kecil-kecil
1 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis, beberapa keping bunga lawang
2 ulas bawang putih - ditumbuk
4 cili padi merah - dibelah 2
1 keping asam gelugor
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - dihiris bulat-bulat
Beberapa biji tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Goreng daging hingga masak dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, asam keping dan cili padi merah.
  3. Tumiskan sebentar sehingga naik bau.
  4. Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan bawang besar.
  5. Gaulkan hingga sebati. Masukkan tomato ceri.
  6. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

KURMA DAGING



Bahan-bahan:
500gm daging - dihirs nipis-nipis
2 biji ubi kentang - dibelah 4 @ 6
1 cili merah - dibelah 2
1 labu bawang besar - dibelah 4 @ 8
2 inci halis - ditumbuk
1 batang serai - diketuk
1 pek kecil rempah kurma Adabi - dibancuh dengan sedikit air
1/2 biji kelapa - diambil santannya
1 batang kulit kayu manis, beberapa bunga lawang dan buah pelaga
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Tumiskan batang kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi bersama halia dan serai.
  3. Setelah terbit bau dan minyak masukkan daging dan sedikit air. Biar seketika.
  4. Masukkan ubi kentang. Rebus seketika supaya daging dan ubi kentang akan menjadi lembut.
  5. Apabila kuah semakin pekat masukkan santan dan cili merah yg telah dibelah 2.
  6. Biarkan mendidih sebentar. Perasakan dengan garam.
  7. Siap untuk dihidang.

SAMBAL AYAM RACIK WITH FISHCAKE


Bahan-Bahan:
3 sudu besar cili pes
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang kecil - dicincang
Lebihan isi ayam - diracik-racik
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Gorengkan lebihan isi ayam yang telah diracik hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumiskan cili pes sehingga naik bau dan terbit minyak.
  3. Masukkan bawang putih biar sebentar. Jika terlalu kering boleh masukkan air masak sikit untuk berkuah.
  4. Masukkan lebihan isi ayam yang telah digoreng sebentar tadi.
  5. Masukkan hirisan bawang besar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Siap untuk dihidang.